Friday, November 23, 2012

Percutian di hospital

Assalamualaikum..

Lama sangat tak post kt sini.  Dari 16 oct hingga 16 nov aritu, saya dan family balik malaysia. Setahun dah tak balik. Jadi bila dah balik semua benda nak dibuat, nak makan,nak jumpa keluarga, sedara mara, kawan2. Memang takde masa nak berblog. Nak berbisnes kat fb pon jarang sesangat.

Tambah pulak balik ni saya telah buat operation di bahagian leher, sbb ade ketumbuhan dalam kelenjar air liur ataupon submandibular gland. Bagi saya yang belom penah masuk OT lagi ni, haih memang kecut perut dibuatnya. Lagi takut dari nak bersalin kot. haha. Risau kat anak2 pon ye especially qistina. Dia tak pernah minum susu guna botol. Saya dah pam siap2 utk dia tp sy tau mesti dia tak nak sbb dah biasa direct BF.

Alhamdulillah operation berjalan lancar dan selamat. Syukur pada Allah. Lepas operation masih tak boleh susukan Qistina sampai ubat bius abis dan seperti dijangka dia mmg tak nak menyusu guna botol. Meragam je la dia. Sian anak ibu. Tak sempat nak tunggu ubat bius abis, suami bawak anak2 balik umah SIL saya, Kak lin. Sib  baik ade volunteer babysitter dtg tlg..ehhehe..semy anak sulung kak ngah.   Terima kasih banyak2.

Sepanjang 3 hari kat ward, Kak lin susukan qistina. Terima kasih tak terhingga kat kak lin. Tak terbalas rasenya. Memang sepanjang kat wad, tak larat pon nak susukan dia.  Dengan leher pon tak boleh nak pusing sangat. Mulut pon tak boleh nak bukak sangat. Boleh makan bubur je.

Apa2 pun syukur ketumbuhan sebesar 6cm tu selamat dibuang. Tak sangka pulak sebesar tu ade dalam kelenjar air liur  ni.  Sekarang ni saya ambil Vivix Shaklee untuk kesihatan menyeluruh. Mak saya pon ambik vivix after pembedahan tiroid dia awal thn ni. Dia suka sangat sbb katanya bg dia lebih bertenaga. Antara kebaikan Vivix:


Setakat ni baru 4 hari saya amik vivix. Hari2 tk sabo tunggu masa nak makan vivix sbb rasanya sedap!hehe.. Walaupun harga mahal sikit banding dgn vitamin yang lain, Tapi vivix sangat berbaloi untuk dibeli. Menyelit plak promosi vivix kt cite ni..kekeke.

Akhir kata, saya nak ucap terima kasih pada suami & anak2 tersayang yg sanggup berulang alik ke hospital walaupun sepatutnya kita balik nak bercuti2 di malaysia. terima kasih pada semua keluarga n kawan2 yg membantu dan mendoakan  kesihatan saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda semua:-))


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...