Friday, July 12, 2013

Set kesuburan Shaklee- Jangan berhenti berusaha

Kesuburan ini untuk sesetgh org ianya isu sensitif. Nyampah kan kalau orang asek tanya bila nak dapat anak?? kenapa nak tunggu lama2??Eh dorg ni tak paham ke itu sume ditentukan Allah.haih boleh makan ati kan.

Untuk pasangan yang sudah berkahwin,tidak semua yg terus dikurniakan nikmat hamil, melahirkan dan menyambut kedtgan baby comel dalam hidup mereka. Ada yang terpaksa menunggu bertahun2 baru dikurniakan anak. Ada juga yang terpaksa melalui saat2 keguguran sebelum mendapatkan cahayamata. Semua itu dugaan. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Namun itu bukan alasan untuk kita tidak berusaha. Saya teringat satu topik yg dibincangkan dalam Wanita Hari Ini TV3 beberapa bulan lepas mengenai usaha mendapatkan anak. Salah satu jemputan WHI masa tu satu pasangan yg sangat tabah dan positif berusaha untuk mendapatkan anak. 

Kedua2 mereka sama2 pergi mendapatkan pelbagai rawatan. Si suami mengatakan, ini adalah ujian buat mereka. Allah tak bagi terus mereka anak kerana Allah suruh mereka berusaha. Alhamdulillah lepas beberapa tahun berusaha(saya tak ingat berapa tahun mereka menunggu mendptkan anak) ,akhirnya mereka dikurniakan 3 org anak kalau tak silap saya. Subhanallah!

Bagi saya, Jika selepas setahun perkahwinan masih belum dikurniakan anak,eloklah berjumpa dengan pakar. Kita sudah perlu risau mengenai perkara ini. Semakin lama kita tunggu kehadiran anak tanpa sebarang usaha, ianya hanya akan merugikan diri sendiri. Semakin kita berusia, risiko untuk mengandung adalah lagi tinggi.

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan kita sukar dikurniakan anak. Salah satunya adalah disebabkan cyst. Cyst adalah ketumbuhan biasa bukan kanser yang paling kerap dijumpai di dalam uterus. Antara punca lain adalah hormon tak stabil, stress, keputihan yang melampau, berat badan berlebihan dan sebagainya.

Siapa tengok drama Ramadhan yang hilang. Zila bakarin berlakon tu..tetiba cita pasal drama  plak kan..haha! Tapi cite ni pon byk pengajaran. Mengenai seorg nenek yg nak sangat menantunya melahirkan cucu lelaki. Sampai menantunya stress. Semua disalahkan menantunya tu. Terus carikkan calon untuk anak lelakinya.

Ok yg saya nak cite kat sini, selalu orang salahkan perempuan bila tak dapat anak. Sedangkan kedua2 nya perlu membuat rawatan bersama2. Support each other. Takleh biarkan isteri berusaha sorg2.Tertekan okay! Jika mmg masalah berpunca dari isteri, temanilah dia dan berikan sokongan sepenuhnya. Berbalik drama tadi, tak tau lah saya apa masalahnya sbb banyak episod dah tak tengok..hihi..


Terdapat banyak juga punca masalah kesuburan lelaki ni. Antaranya mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum alkohol, selalu duduk dalam keadaan panas dan kotor seperti pencemaran asap kenderaan, bahan kimia dari kilang seperti radioaktif.

Shaklee juga ada supplement yg boleh membantu untuk kesuburan. Ini juga salah satu usaha. 

Set paling ringkas yg boleh dicuba ialah
1. GLA complex-rebut peluang tgh promo skrg ni..harga yg berbaloi2.(untuk isteri)
2. Vit E & Zink (utk suami)

Set lengkap
1. GLA complex & Alfalfa (untuk isteri)
2. Vit E & Zink (utk suami)
3. ESP, Vit C, Vitalea & B complex (untuk kedua2nya)

 Fungsi setiap supplement ni akan saya kongsi kat next entry.

Saya bagitau customer saya, ini cuma satu jalan usaha. Supplement  yg dicadangkan memang menbantu dari segi kesuburan. Selebihnya Allah yg tentukan. Jika masih tiada rezeki, Supplement2 ni dapat bantu tingkatkan tahap kesihatan kita. Tak rugi pon kan.:-)

Apa yang penting usaha yang berterusan, berdoa tanpa henti pada Allah dan tawakal.Allah lebih mengetahui setiap apa yg Dia  rancang dan tentukan untuk kita. Wassalam.





 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...